History of homeopathy roadmap

Sejarah Homeopati

Homeopati telah diperkenalkan oleh Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (1911-1969) pada tahun 1929. Beliau berkelulusan dari Kolej Perubatan Ismaeliah, New Delhi. Pada tahun 1937, beliau mengasaskan Gudang Homeopati dengan Dr. Prof. Rajah di Singapura dan Johor Bahru, tetapi usaha mereka telah dihentikan kerana beban kerja yang berlebihan pada tahun 1942. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 1952, Prof. Dr. Burhanuddin Helmy mula berlatih dan mengajar Homeopati semula. Malangnya, pada masa itu, Homeopati tidak mendapat penerimaan dan pengiktirafan. Walaupun begitu, Prof Dr Burhanuddin dapat mengajar Homeopati di rumahnya sendiri dan berjaya melatih 15 orang sebagai perintis generasi kedua.

Organisasi Berkaitan

Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (MPHM) ditubuhkan dengan rasminya pada 21hb Januari 2001 atas inisiatif Jawatankuasa Tetap Perubatan Tradisional dan Komplementary, Kementerian Kesihatan Malaysia. MPHM adalah lambang penyatuan persatuan homeopathy serta pengamalnya. Ia juga adalah platform untuk kita memajukan dan mengembangkan homeopathy di peringkat kebangsaan.

Antara matlamat badan payung Majlis Perubatan Homeopati Malaysia ialah:

  1. Untuk menetapkan garis panduan pendaftaran, setiap pengamal perlu mempunyai kelayakan dalam bidang ilmu perubatan homeopati yang diiktiraf oleh -Badan Induk dengan pengawasan oleh pihak Kementerian yang berkenaan.
  2. Untuk pengamal mengikut syarat dan tatasusila dalam etika perubatan supaya mudah dikawal kegiatan mereka dan bertanggungjawab di atas segala aktiviti pengamalannya terhadap pesakit-pesakit mereka.
  3. Untuk sistem perubatan homeopati dapat melaksanakan perkara yang tersebut di atas dan menjadikannya satu kerjaya yang dihormati, serta pelajar-pelajar baru akan mempunyai keyakinan dalam memilih bidang perubatan homeopathy.

Di peringkat awal penubuhan MPHM kesemua enam persatuan yang bergabung telah memberikan komitmen yang jitu. Persatuan yang dimaksudkan termasuk

Di peringkat awal penubuhan MPHM kesemua enam persatuan yang bergabung telah memberikan komitmen yang jitu. Persatuan yang dimaksudkan termasuk

PPHM

Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM)

logo pphbm

Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputra Malaysia (PPHBM)

PHA-clear-scaled

Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia (3PHBM-MRHP)

Persatuan Doktor Homeopati Malaysia (PDHM)

Persatuan Iktisad Homeopathy Malaysia (POLYCREST)

Persatuan Sains Perubatan Homeopathy  dan Pengkaji Penyakit secara Homeopathy Melaka (PSPH)

Hari ini, persatuan di bawah MPHM termasuk PPHM, PPHBM dan Persatuan Homeopati dan Homotoksikologi Pulau Pinang (PHHPP).

Persatuan Perubatan Homeopati & Biokimia Malaysia (PHDBM) telah ditubuhkan sekitar tahun 2007 dan bernaung dibawah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia.


Visi utama MPHM ialah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Homeopathy di Malaysia supaya sentiasa selamat, moden, berkesan dan standard berpandukan pelan kesihatan Malaysia.